28 June 2018

Syaz Tonton Big Little Lies (Musim 1): Orang Kaya Pun Bermasalah Juga

Siri ini dibuka dengan satu pembunuhan yang berlaku di sebuah parti berkostum. Kita tidak tahu siapa yang dibunuh, siapa yang membunuh dan sebab-musabab pembunuhan itu berlaku. Persoalan-persoalan ini akan dirungkai di dalam 7 episod yang disiarkan melalui saluran HBO: melalui sesi soal jawab pihak polis dengan beberapa orang karekter yang menghadiri parti tersebut serta melalui jalan cerita lima orang wanita Monterey, California.



Jane (lakonan Shailene Woodley) berpindah ke Monterey bersama anak lelakinya, Ziggy untuk memulakan lembaran baru di dalam kehidupannya. Ibu tunggal ini berkenalan dengan Madeline (Reese Weatherspoon) semasa menghantar anaknya pada hari pertama persekolahan.

Madeline merupakan seorang yang bermulut becok dan outgoing, jauh bezanya dengan perwatakan Jane yang lebih selamba. Madeline juga mempunyai seorang rakan karib bernama Celeste (Nicole Kidman), bekas peguam yang bersara awal untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Madeline dan Celeste, walaupun kelihatan seperti orang kaya yang snobbish, tanpa ragu-ragu mula berkawan baik dengan Jane yang kurang berada.

Pada akhir hari pertama persekolahan, anak Renata Klein (lakonan Laura Dern yang famous di dalam filem Jurassic Park) menuduh Ziggy menggigitnya. Renata mendesak Ziggy dan Jane untuk meminta maaf walaupun Ziggy menafikan tuduhan tersebut dan tiada siapa yang menyaksikan insiden tersebut. Jane percayakan Ziggy tetapi kerana ingin elakkan sebarang konflik dengan orang-orang kaya ini, dia cuba untuk mengalah.

Tetapi, Madeline mula masuk campur dan mempertahankan Ziggy. Ini menyebabkan Renata dan Madeline mula bertenglikah sehingga melarat ke hal-hal yang lain. Dalam pada masa yang sama, Jane dihantui oleh kisah silamnya di mana dia pernah dirogol oleh seorang lelaki yang pada mulanya dianggap sebagai seorang yang baik. Kadang-kadang, terbit keraguan di hati Jane kerana dia takut Ziggy mengikut perangai jahat ayahnya.

Celeste yang kelihatan naif dan mempunyai keluarga yang bahagia - suami yang tampan (Alexander Skaarsgard) dan sepasang anak lelaki kembar - juga mempunyai satu rahsia yang besar dan sentiasa bergelut dengan dilema yang dialaminya.


Siri ini menarik bukan sahaja kerana lakonan yang mantap, malahan pilihan muzik latar yang best dan menarik juga membantu penonton untuk menghayati kisah kehidupan wanita-wanita ini. Lagu-lagu yang digunakan bukanlah lagu-lagu pop yang selalu kita dengar di radio tetapi lagu-lagu yang catchy dan lebih kepada easy listening. Sampai sekarang, masih terngiang-ngiang korus lagu temanya iaitu Cold Little Heart nyanyian Michael Kiwanuka.

Memang terkejut bila akhirnya dapat tahu siapa pembunuh dan siapa yang dibunuh. Tapi tak nak cakap banyak, nanti spoiler.. hehe

Siri ini diadaptasi dari sebuah buku best-seller yang bertajuk sama tulisan Liane Moriarty dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Nicole Kidman dan Reese Witherspoon. Aku perasan sekarang ni, semakin ramai pelakon yang menerbit filem mereka sendiri - mungkin kerana lebih senang nak dapat projek dan tak payah susah payah layan songeh orang lain. Dan tak payah pergi audition!

Dengan kepopularan siri ini, HBO telah memperbaharui kontrak semua pelakon untuk musim kedua. Penggambaran telah pun bermula dan dengar katanya, pelakon hebat Meryl Streep pun akan terlibat sama. Wow! Tak sabar nak tengok!

GAMBAR BONUS!
hEHEhe

No comments: