23 July 2018

In Darkness (2018

Natalie Dormer. Itu sahaja sebab utama aku mahu menonton filem ini. Beliau memainkan watak Sofia, seorang pemain piano professional yang buta.

16 July 2018

Syaz Tonton Wind River (2017): Nampak Best Je Main Salji

Filem ini menarik minat aku kerana ia dipuji ramai dan dilakonkan oleh Scarlet Witch dan Hawkeye. Sumpah.. aku tak ingat langsung nama-nama watak dalam filem ni. Huhu.

09 July 2018

Syaz Tonton Winchester (2018): Jangan Jadi Tokey Senapang

Aku biasanya mengelak dari menonton filem seram yang diadaptasi dari kisah benar kerana terlalu takut untuk menontonnya. Yelah, macam mana kalau hantu-hantu tu masih wujud dan marah cerita dan penderitaan mereka dikomersialkan? Macam mana kalau mereka nak mengamuk dan naik kapal terbang datang Malaysia nak kacau aku siang-siang?

05 July 2018

Syaz Tonton Tomb Rider (2018): Makam Permaisuri Berilmu Hitam Dicabuli

Tergamam aku melihat gambar teaser filem ini tahun lepas sebab Alicia Vikander yang melakonkan watak Lara Croft itu sebijik sama macam Lara Croft dalam video game terbaru. Bila ditonton, memang nampak jelas bahawa filem ini banyak mengambil inspirasi dari video game tersebut (selain dari jalan cerita). Mungkin untuk menarik penonton dari kalangan gamers tegar.

02 July 2018

Cermin Mata Pertamaku.

Entah bagaimana ia bermula, tapi sedar-sedar sahaja aku mula mempunyai masalah untuk melihat tulisan cikgu di papan hitam. Ketika ini aku baru berumur 10 tahun (darjah 4) dan aku baru sahaja naik kelas ke kelas yang pertama. Ramai orang-orang cerdik dalam kelas ini jadi aku pun kena la rajin sikit belajar.