Showing posts with label syaz tonton. Show all posts
Showing posts with label syaz tonton. Show all posts

23 July 2018

In Darkness (2018

Natalie Dormer. Itu sahaja sebab utama aku mahu menonton filem ini. Beliau memainkan watak Sofia, seorang pemain piano professional yang buta.

16 July 2018

Syaz Tonton Wind River (2017): Nampak Best Je Main Salji

Filem ini menarik minat aku kerana ia dipuji ramai dan dilakonkan oleh Scarlet Witch dan Hawkeye. Sumpah.. aku tak ingat langsung nama-nama watak dalam filem ni. Huhu.

09 July 2018

Syaz Tonton Winchester (2018): Jangan Jadi Tokey Senapang

Aku biasanya mengelak dari menonton filem seram yang diadaptasi dari kisah benar kerana terlalu takut untuk menontonnya. Yelah, macam mana kalau hantu-hantu tu masih wujud dan marah cerita dan penderitaan mereka dikomersialkan? Macam mana kalau mereka nak mengamuk dan naik kapal terbang datang Malaysia nak kacau aku siang-siang?

05 July 2018

Syaz Tonton Tomb Rider (2018): Makam Permaisuri Berilmu Hitam Dicabuli

Tergamam aku melihat gambar teaser filem ini tahun lepas sebab Alicia Vikander yang melakonkan watak Lara Croft itu sebijik sama macam Lara Croft dalam video game terbaru. Bila ditonton, memang nampak jelas bahawa filem ini banyak mengambil inspirasi dari video game tersebut (selain dari jalan cerita). Mungkin untuk menarik penonton dari kalangan gamers tegar.

28 June 2018

Syaz Tonton Big Little Lies (Musim 1): Orang Kaya Pun Bermasalah Juga

Siri ini dibuka dengan satu pembunuhan yang berlaku di sebuah parti berkostum. Kita tidak tahu siapa yang dibunuh, siapa yang membunuh dan sebab-musabab pembunuhan itu berlaku. Persoalan-persoalan ini akan dirungkai di dalam 7 episod yang disiarkan melalui saluran HBO: melalui sesi soal jawab pihak polis dengan beberapa orang karekter yang menghadiri parti tersebut serta melalui jalan cerita lima orang wanita Monterey, California.

24 June 2018

Syaz Tonton Mary Shelley (2018): Ingin Menjadi Penulis Perlu Sengsara

Poster.
(sumber:traileraddict.com)
Bila disebut nama Mary Shelley, mungkin ramai antara kita yang tak kenal. Jangan pula disalahkan beliau dengan Marie Curie, iaitu saintis wanita yang terkenal dengan kajian radioaktifnya.

Tetapi, pasti ramai yang tahu nama Frankeinstein, bukan?