25 June 2018

Syaz Baca Kumpulan Cerpen Magis Kota (Zainal Rashid Ahmad): Pening Aku!

Buku ini mengandungi 12 cerpen pilihan hasil karya penulis Zainal Rashid Ahmad. Penulis yang berasal dari Alor Setar, Kedah mula menulis dari tahun 1990 lagi dan semenjak itu telah memenangi banyak hadiah sastera anjuran pelbagai pihak. Penulisan beliau dipengeruhi oleh gaya eksperimental serta mengagumi aliran realisme magis.

Tak percaya?


Lihat sahaja tajuk-tajuk cerpen beliau:

  • Dosa Purok
  • Berembang Condong Bangkar Si Kembar
  • Tua @ Lupa & Gila
  • Kaka & Coco
  • Mustafa, Milah & Hantu Jepun
  • Penunggu Jalan Mati Menuju Pintu Neraka
  • Penjaga Lif Bunuh Diri
  • Dah Naik ke Langit Tak Reti Balik ke Bumi
  • Walhal Rahsia: Misteri Rimbun Buluh
  • Patung Bulatan Kota
  • Alkisah Ratu Kebaya & Walhal Naga
  • Tiga Tukang

Boleh korang bayangkan jalan ceritanya macam mana?

Aku sendiri pun tak berapa faham walaupun dah baca keseluruhannya. Lagipun, masa aku baca cerpen yang pertama (Dosa Purok), aku mula-mula ingat ni buku tulisan orang Indonesia. Sebab banyak betul perkataan yang digunakan yang aku tidak tahu maksud dan tak pernah dengar. 

Contohnya, seti. Dari pemahaman aku dari segi konteks ayat, seti mungkin bermaksud kerusi, bangku atau tempat duduk.

Okay, jom try cari dalam kamus..

seti:
kerusi panjang dgn tempat duduk dan tempat sandar yang berkusyen, boleh diduduki dua orang atau lebih.

Laa.. tu bukan sofa ke?

(sumber: itbm.com.my)

Lepas tu tiba-tiba datang frasa-frasa moden seperti Google dan gadis penjual kad prabayar.

Pening aku dibuatnya. Haha.

Cerpen kegemaran aku dari buku ini ialah yang bertajuk Berembang Condong Bangkar Si Kembar yang mengisahkan seorang bidan menyambut kelahiran sepasang anak kembar: seorang bayi lelaki yang sihat walafiat dan putih bersih, dan seekor biawak putih!

Terkejut mak dia tengok sampai pengsan. 

Tetapi cerita ini bukanlah pasal kekejaman seperti Bawang Putih Bawang Merah, cuma mak dia takut difitnah orang kalau orang kampung tahu. Tok Bidan hanya suruh dia beristighfar banyak-banyak dan berjanji akan menyimpan rahsia tersebut.

Satu lagi cerita yang digemari ialah Mustafa, Milah & Hantu Jepun. Menarik juga baca manusia bertekak lidah dengan hantu jepun..hahaha.

No comments: