Dia yang menjadi buta sepenuhnya ketika dia berusia 5 tahun baru berpindah ke apartment barunya. Jirannya yang tinggal di tingkat atas selalu menegur Sofia di lobi. Veronique Radic, seorang perempuan yang cantik seperti model rupa-rupanya adalah anak perempuan seorang general tentera kejam Serbia yang kini tinggal di bandar itu juga.
Sofia, oleh kerana dia buta, tidak tahu menahu tentang perkara ini. Suatu hari Veronique bergegas masuk ke dalam lif yang sedang dinaiki oleh Sofia. Sofia dapat mendengar nafasnya yang tercungap-cungap tetapi apabila ditanya, Veronique hanya tersenyum. Sebenarnya, Veronique sedang dikejar oleh seorang lelaki yang misteri.
(sumber: teaser-trailer.com) |
Malam itu, Sofia terdengar jirannya itu bergaduh dengan seseorang di dalam apartmentnya di tingkat atas. Sofia peka mendengar pergaduhan tersebut sehinggalah tiba-tiba sekujur tubuh jatuh dari balkoni. Tetapi yang peliknya, bila polis tanya, Sofia menafikan menegaskan bahawa dia sedang menggunakan headphonenya ketika itu dan tidak mendengar apa-apa.
Lagi misteri bila Sofia sentiasa meneriam sekeping kad bertulisan braille di dalam peti suratnya. Dan setiap kali selepas membacanya, dia akan terus bakar atau koyakkan kad tersebut. Rupanya Sofia mempunyai sejarah dengan ayah Veronique iaitu Zoran Radic. Dia ingin membalas dendam kerana Zoran dulu di Bosnia telah membunuh semua ahli keluarganya. Tambahan pula, lelaki yang bunuh Veronique ingat Sofia nampak dia masa adegan berkejaran ke lif tempoh hari, jadi dia juga diarahkan untuk membunuh Sofia sebelum dia bercakap dengan polis.
Walaupun filem ini merupakan filem saspens, tetapi ia tidak menggunakan muzik saspens yang macam nak luruh jantung. Muzik latarnya lebih fokus kepada bunyi-bunyi persekitaran untuk menggambarkan apa yang didengari oleh seseorang yang cacat penglihatan. Kebanyakan adegan juga mengabaikan deria lihat kita, contohnya, semasa pergelutan berlaku ia tidak banyak ditunjukkan oleh kamera hanya bunyi dan reaksi Sofia sahaja.
Satu adegan kegemaran aku ialah bila Sofia diganggu oleh kutu-kutu jalanan pada waktu malam. Ia menarik kerana kita hanya dapat melihat bayang-bayang mereka pada tembok dan hanya mendengar perbualan mereka.
(sumber: imdb) |
Menarik juga di dalam filem ini kerana kita dapat melihat kehidupan seorang yang cacat penglihatan dan mempunyai kehidupan yang hampir normal. Kalau di Malaysia kita hanya nampak orang-orang buta mengemis atau menjual tisu di tepi-tepi jalan. Kalau dalam drama pula, mereka hanya digunakan sebagai prop untuk air mata sahaja. Jarang kita dapat melihat golongan ini bekerja sebagai seorang professional - seperti pemain piano kumpulan okestra.
Sofia juga mengenakan mekap pagi-pagi sebelum keluar rumah. Aku hanya ketawa pada mulanya kerana aku tidak nampak fungsi mekap untuk seseorang yang cacat penglihatan. Tetapi bila difikirkan balik, di dalam masyarakat mementingkan kecantikan luaran, semua orang memerlukan sedikit keyakinan tambahan walaupun orang buta.
Aku tabik dia boleh pakai mekap tanpa cacat cela. Aku pakai eyeliner pun tak reti. huhu
No comments:
Post a Comment