Menurut ESA, semenjak dari pelancaran satelit pertama dunia Sputnik 1 pada tahun 1957, kita telah menghantar kira-kira 7500 buah satelit ke orbit bumi dari 5250 buah pelancaran roket.
Habis kiri kanan aku teleng kepala.. entah kenapa rasa macam tak kena sahaja ayat yang aku tulis tu.
Mula-mula fikir mungkin sebab struktur ayat tu yang tak betul kot. Tapi walaupun dah baiki berkali-kali, masih tak hilang rasa janggal tersebut.
Tiba-tiba..
Oh! Mungkin sebab perkataan "semenjak" tu kot yang tak betul? Mungkin kena guna perkataan "sejak"?
Lalu, aku pun tanya encik google..
.
.
.
"Sejak" dan "semenjak" adalah kata sendi dan mempunyai maksud yang sama! Ia bermaksud bermula dari, mulai, dan dari.
Contoh ayat:
Milah sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan.J
adi, kedua-duanya pun betul penggunaannya dan boleh silih ganti.
Mungkin otak aku sahaja yang rasa bengong.. Hahahaha
No comments:
Post a Comment