26 June 2018

Syaz Baca DIAgnosis Fobia: Berani Giler Doktor Tidur Di Hospital Malam-malam!

Novel ini merupakan kumpulan 26 buah cerpen seram hasil tulisan dari tujuh orang penulis: Dr. Fatin Liyana, Dr. Shahnaz, Dr.Mafeiz, Dr. Beni, Dr. Mahyuddin, Dr. Aizzat dan Dr. Anwar Fazal. Kisah-kisah ini kebanyakannya diceritakan melalui watak seorang doktor atau nurse di hospital. Aku tak pasti sama ada ini kisah benar atau tidak, tapi kalau ada orang cerita aku memang percaya bulat-bulat.



Penulisannya simple dan santai diulit dengan frasa-frasa perubatan yang selalu digunakan oleh para doktor. Boleh kata semuanya dalam bahasa Inggeris. Tetapi, jangan bimbang kalau tidak faham kerana terjemahannya disediakan di nota kaki.

Ada empat kisah yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Tetapi maaflah kepada penulis jangan tersinggung pula - bila dibaca penulisannya agak kekok seperti ada baur-baur belacan.. hahaha. Entahlah, macam ada nada Malaysian, jadi secara peribadinya, aku tidak dapat enjoy kisah-kisah tersebut. Aku tahu seorang doktor tidak aci nak dibandingkan dengan seorang pujangga.. hehe

Telefon bimbitnya berdering. 
"Bro, dah sampai mana?" 
"Karak." 
"Oh yeke, bro? Tadi ada sorang makcik tua ni datang wad. Dia cari kau." 
"Dia nak apa?" 
"Dia cakap dia nak ucapkan terima kasih tolong tumpangkan anak dia." 
"Huh? Anak dia? Sape?" 
"Yang kau tengah bawak lat seat belakang tu lah."  
Dia menoleh ke belakang mengikut refleks tanpa sedar. 
- Tajwid, Dr. Anwar Fazal.

Secara terus terangnya, buku ini takdelah takut sangat pun.. tapi mana tahu entah-entah semuanya berdasarkan cerita benar yang famous di kalangan doktor dan nurse, meremang jugalah masa baca tu. Walaupun kisah-kisah ini amatlah pendek dan ringkas, aku rasa ia masih boleh diolah menjadi lebih panjang dan menarik.

Apa-apapun, aku tabik kepada para doktor. Kepintaran dan kebolehan mereka untuk menghafal dan memahami prosedur dan frasa perubatan sangat aku kagumi!

No comments: