24 June 2018

Kata Hubung | Bahasa Melayu

Menulis itu bukanlah satu perkara yang sangat payah. Kita diajar membina ayat sejak dari sekolah rendah lagi. Namun begitu, bukan senang nak pastikan penulisan kita menarik dan mudah dibaca.

Setiap ayat dan perenggan perlu dihubungkan dengan baik dan aktif. Kalau tidak ia akan menjadi janggal dan pelik.


Aku sendiri sentiasa merujuk kepada senarai ini setiap kali aku memegang pen. Ia banyak membantu aku dari asyik mengulang kata hubung yang sama sahaja dalam setiap perenggan. Sedikit variasi mampu membantu penulisan anda menjadi lebih menarik.

KATA HUBUNG GABUNGAN/PANCANGAN


  • agar
  • apabila
  • atau
  • bahawa
  • dan
  • hingga
  • jika
  • jikalau
  • kecuali
  • kerana
  • lalu
  • manakala
  • sambil
  • serta
  • semenjak
  • sementara
  • sungguhpun
  • supaya
  • walaupun
  • tetapi

KATA HUBUNG BERPASANGAN

  • baik - mahupun
  • baik - baik
  • bukan sahaja - malah
  • entah - entah
  • jangan -pun
  • kian - kian
  • sama ada - ataupun
  • sedangkan - inikan pula
  • semakin - semakin
  • sungguhpun - tetapi
  • walaupun - namun

KATA HUBUNG DALAM BENTUK AKAR

  • dan
  • dengan
  • kerana
  • demikian
  • atau
  • hingga
  • yang
  • serta
  • walhal
  • demi
  • lalu
  • tetapi
  • kalau
  • walau
  • supaya
  • ketika
  • jika
  • kemudian
  • agar

KATA HUBUNG DALAM BENTUK TERBITAN

  • semasa
  • semoga
  • setelah
  • sewaktu
  • padahal
  • sementara
  • jikalau
  • andaikata
  • mudah-mudahan
  • seketika
  • sesungguhnya
  • seandainya
  • moga-moga
  • seharusnya
  • sebaliknya
  • meskipun
  • sedangkan
  • itupun
  • sekalipun
  • bagaimanapun

Entah kenapa aku tak ingat langsung belajar topik ni dalam kelas masa kecil dulu. Koya sangatkah aku dulu?

No comments: