29 June 2018

Spam & Scam #1: Aku Jutawan Nestle 2018!

Nombor scammer: +60189096937

Wah! Tak sangka aku menang Jutawan Nestle 2018!!!

Aaaaa!!!! Den kaya! Bolehlah aku selesaikan hutang-hutangku semua. Bolehlah aku hidup selesa dan tidak risau pasal duit lagi!

Tapi aku tak tahu peraduan apa yang aku sertai untuk mendapat habuan yang lumayan ini. Tak kan Nestle baik hati sangat nak kayakan orang miskin macam aku ni? Logik ke?

Url yang berakhir dengan ".webs.com" adalah website yang dibina menggunakan laman website percuma webs.com. Sesiapa sahaja boleh membina website secara percuma dalam masa beberapa minit sahaja. Takkan la Nestle yang kaya raya guna website percuma untuk membuat promosi peraduan anjuran syarikatnya. Logik ke?

Mula-mula kita periksa dulu sama ada url tersebut bersih dan selamat atau tidak. Kadang-kadang scammers suka letak malware yang boleh mencuri informasi atau merosakkan komputer/telefon kita, jadi kena sentiasa berhati-hati bila membuka link yang tidak dikenali.

Aku guna 2 website untuk check iaitu:


  1. Google Safe Browsing Search Tool : Tiada informasi apabila di check.
  2. Virus Total Link Checker : Tiada kecurigaan dikesan.
Result Virus Total selepas discan  menggunakan 68 buah scanners.

Oleh kerana selamat, aku pun buka link tersebut. Jangan risau, aku dah screenshot, tak payah susah-susah korang nak buka sendiri.


Terang-terang lagi bersuluh website ini ditulis oleh orang Indonesia. Nestle yang selama ni fasih berbahasa Melayu tiba-tiba guna bahasa Indonesia nak bagi hadiah kepada orang Malaysia.

Kalau ikut mesej yang aku terima, aku dapat RM9000. WOW!


Aku reverse search gambar-gambar yang digunakan, semuanya senang didapati dan banyak digunakan oleh scammers menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.





JADI KENAPA SCAMMER MINTA GAMBAR KAD BANK KITA DEPAN DAN BELAKANG?



Sebab kad bank kita zaman sekarang semuanya dah jadi kad debit kan. Kalau scammer ada nombor kad bank yang tertera di depan dan tandatangan kita yang selalu kita conteng di belakang, mereka boleh menggunakan akaun bank kita untuk membeli dan melicinkan semua wang simpanan kita. Walaupun sekarang ni kebanyakan kiosk dah tak terima tandatangan dan kena guna nombor pin, tapi kau rasa kat Indonesia semua kiosk dah tingkatkan keselamatan pembayaran debit ke?

Sedar-sedar, kau nak beli megi kari pun tak mampu der.


MACAM MANA KALAU DAH BERI GAMBAR KAD BANK KEPADA SCAMMERS?

Pergi buat report polis dan telefon bank untuk buat kad baru. 


APA NAK BUAT KALAU TERIMA MESEJ SPAM/SCAM MACAM NI?

Tekan REPORT SPAM dalam whatsapp dan nombor telefon yang tidak dikenali itu tidak akan dibenarkan untuk menghubungi anda lagi selepas ini. Nombor itu juga akan di-flag-kan dalam server Whatsapp dan kalau banyak report yang diterima, ia akan di-blacklist terus dari mengguna platform whatsap.


Jadi, berhati-hatilah dan jangan mudah tertipu dan rambang mata dengan habuan lumayan yang dijanjikan. Jangan lupa share post ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda supaya mereka juga tahu dan selamat!

No comments: