Poster. (sumber:traileraddict.com) |
Tetapi, pasti ramai yang tahu nama Frankeinstein, bukan?
Semua orang tahu tentang cerita seorang saintis gila yang cuba menghidupkan makhluk rekaannya melalui kejutan tenaga elektrik dari halilintar. Bayangan istana besar dan kelam di dalam hujan lebat. Petir dan halilintar sabung menyabung. Kemudian ia menyambar batang rod di atap istana tersebut dan bergemalah ngauman raksasa Frankeinstein.
Padahal, ramai yang selalu keliru bahawa Frankeinstein bukanlah nama raksasa tersebut, malahan ia adalah nama saintis gila yang menciptanya.
Filem ini menggambarkan kehidupan Mary Shelley dan bagaimana beliau menulis novel Frankeinstein yang hingga sekarang popular di seluruh dunia. Pada mulanya, aku ingatkan filem ini akan lebih banyak bertumpu kepada penulisan novel. Memandangkan aspirasiku untuk menulis novel suatu hari nanti, aku berharap dapatlah belajar sedikit sebanyak dari penulis terkenal ini.
Sebaliknya, filem ini lebih menekankan fokus kepada kehidupan beliau sebelum beliau mula menulis. Mary merupakan anak sulung kepada seorang penulis politik dan ahli falsafah di Kota London pada tahun 1800-an. Emaknya yang telah meninggal masa ketika beliau masih kecil lagi juga merupakan seorang penulis, ahli falsafah dan seorang penggerak feminism yang aktif. Dalam kata lain memang dah takdir Mary akan menjadi penulis juga suatu hari nanti.
Walaupun Mary lebih meminati novel seram dan misteri, tetapi ayahnya lebih menggalakkan beliau membaca buku-buku falsafah yang lebih berintelek. Untuk elak ditangkap dan dimarahi oleh ayahnya, Mary sanggup menyorok dan membaca di tanah perkuburan emaknya setiap hari. Beliau juga sentiasa dilihat khusyuk mencoret puisi atau cebisan cerita di dalam buku notanya.
Tak takut ke wei.. (sumber:theverge) |
Mary berjumpa dengan lelaki kacak yang bernama Percy Shelley, iaitu seorang penulis dan penyair romantik yang agak terkenal pada masa itu. Mereka mula jatuh cinta tetapi malangnya cinta mereka dilarang oleh ayah Mary. Bukan sahaja Percy lebih tua dari Mary malah dia juga mempunyai isteri dan anak. Percy bersumpah bahawa dia dan isterinya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi, cumanya perceraian suami isteri adalah dilarang pada zaman ini.
Percy Shelley. Kacak! (sumber: wikipedia.org) |
Akhirnya, kerana cinta dan fed-up dengan kehidupannya, Mary bersama Claire, adik tirinya, lari dari rumah di keheningan malam untuk hidup bersama Percy.
Padahal, kehidupan mereka tidaklah bahagia yang diimpikan. Percy terus bergelut dengan penulisannya dan hutangnya yang banyak. Mereka juga sentiasa sahaja tidak cukup wang untuk makan.
Kemudian, hidup mereka berubah menjadi baik apabila Percy dapat menjual penulisannya dan Mary pula mendapat berita gembira bahawa beliau sedang mengandung. Meskipun begitu, Mary mula perasan bahawa kelakuan Percy semakin hari semakin pelik. Dia tidak lagi seorang lelaki yang romantis seperti yang dikenalinya dulu. Terdapat juga adegan-adegan yang menunjukkan seperti Percy dan Claire mempunyai hubungan sulit sesama sendiri.
Semasa mereka pergi menonton satu persembahan magik di teater, Mary terkesima melihat persembahan menggerakkan katak yang telah mati menggunakan renjatan elektrik. Teknik ini dipanggil galvanisme (galvanism), iaitu pengecutan otot apabila dirangsang oleh daya elektrik dan diperkenalkan oleh saintis Luigi Galvani pada tahun 1790-an.
Malang bertimpa lagi ke atas Mary bila anak perempuannya mati tidak lama selepas dilahirkan tidak cukup bulan. Ketika ini Mary semakin hari semakin sugul dan murung. Beliau merasa kesunyian dan keseorangan walaupun beliau masih mempunyai sokongan Percy dan Claire.
My dearest Hogg my baby is dead—will you come to see me as soon as you can. I wish to see you—It was perfectly well when I went to bed—I awoke in the night to give it suck it appeared to be sleeping so quietly that I would not awake it. It was dead then, but we did not find that out till morning—from its appearance it evidently died of convulsions—Will you come—you are so calm a creature & Shelley is afraid of a fever from the milk—for I am no longer a mother now.
Mary, Percy dan Claire melancong ke Geneva, Switzerland untuk bercuti di sana bersama Lord Byron, seorang penyair dan doktor peribadinya, John Willian Polidori. Ketika di situ, Lord Byron mencadangkan mereka semua menulis kisah seram untuk menghilangkan kebosanan.
Draf Frankeinstein yang ditulis oleh Mary Shelley. (sumber: Wikipedia.org) |
Setelah mereka semua pulang ke London, Mary mula berkurung di dalam biliknya dan menulis dan menulis dan menulis sepanjang hari dan malam. Sebaik sahaja siap manuskrip itu, Mary menunjukkannya kepada Percy untuk dibaca dan Percy menyukainya. Namun, tiada penerbit yang mahu menerbitkan buku tersebut kerana Mary seorang perempuan dan ini pula merupakan manuskrip pertamanya. Sedih juga melihat beliau sampai merayu-rayu tetapi semua penerbit hanya mengetawakanya.
Akhirnya, buku itu diterbitkan tetapi secara anonymous, di mana tiada nama penulis dan disertakan dengan kata pengantar oleh Percy Shelley sendiri. Buku itu yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 naskhah diterima baik dan diminati oleh pembaca-pembaca di London. Dan ramai orang menganggap bahawa buku itu ditulis oleh Percy dan sentiasa memujinya.
Kemudian, Percy membuat pengakuan kepada semua orang bahawa buku itu sebenarnya ditulis oleh Mary. Dengan pertolongan ayahnya, buku Frankeinstein: or, The Modern Prometheus diterbit semula untuk edisi kedua menggunakan nama Mary sebagai penulis.
Dari segi lakonan, aku agak sangsi mengapa Elle Fanning diambil untuk memainkan watak Mary Shelley. Bila aku bayangkan tahun 1800-an, yang aku nampak hanyalah perempuan berumur yang memakai pakaian Victorian.
SEPERTI INI! (sumber: amazon.com) |
Tetapi Mary baru berumur belasan tahun ketika beliau bertemu dengan Percy dan menulis novel Frankeinstein pada umur 19 tahun. Elle Fanning menunjukkan lakonan yang hebat dan loghat Britishnya pun cemerlang. Kalau ada cacat celanya, telinga aku yang Melayu ni tidak perasan lah pula. Riak mukanya juga sesuai dengan wajah seorang gadis dari abad tersebut.
Selain Frankeinstein, Mary Shelley juga banyak mengeluarkan novel dan cerpen sehingga kematian beliau pada 1 February, 1851 ketika beliau berumur 53 tahun. Sempat jugalah beliau melihat karya beliau menjadi kegilaan ramai.
Aku sendiri tidak pernah membaca novel Frankeinstein dan hanya menonton adaptasinya di dalam filem dan kartun sahaja. Sebaik sahaja selesai menonton filem ini, aku terus mendownload ebook tersebut untuk dibaca.
No comments:
Post a Comment