Hawkeye ialah seorang renjer yang selalu meronda kawasan pergunungan bersalji dengan menunggang kereta salji (snowmobile) kesayangannya untuk memburu binatang buas seperti serigala yang menggangu ternakan penduduk Wind River, Wyoming. Kawasan ini ialah kawasan Indian Reservation di mana orang asli Amerika diberi tanah dan pampasan untuk menetap di situ setelah tanahair mereka dijajah oleh mat saleh.
Poster. (sumber:wikipedia) |
Mayat tersebut dikenalpasti sebagai Natalie, mati kerana paru-parunya pecah apabila dia jatuh tersungkur dan menghirup udara yang sangat sejuk di permukaan atas salji. Jadi, perhatian semua, kalau anda bermain-main dengan salji, jangan tidur terlingkup nanti paru-paru pecah. Dan mati.
Sejujurnya, aku tak tahu apa yang bestnya pasal filem ni. Jalan ceritanya boring, watak-wataknya pun kurang menarik. Walaupun aku rasa Scarlet Witch berlakon dengan baik, tapi tu mungkin bias aku sahaja.
(sumber:comingsoon.net) |
Yang menarik minat aku ialah melihat mereka semua menunggang kereta salji mendaki gunung. Laju giler dorang bawak. Sesebuah kereta salji boleh mencapai sehingga kelajuan 240km/h. Wow! Kalau aku bawa mesti dah tunggang langgang. Dan lagi, sesetengah kereta salji mempunyai reverse gear!
Kalau nak beli, harga sebuah dalam lingkungan USD 10,000 (lebih kurang RM40,000). Anda juga perlu ada lesen untuk menunggang, bukan sembarangan je boleh lompat atas tu macam kuda. Bahagian yang macam tayar kereta kebal itu dipanggil track. Di bahagian depan pula ada skis, pusing haendal ia pun berpusinglah.
Aku yakin ni kuda salji Batman punya. (sumber:polaris.com) |
Tetapi, janggal betul bila Hawkeye tiba-tiba je menceritakan tentang kematian anak gadisnya masa Scarlet Witch datang ke rumahnya. Scarlet Witch tak tanya pun, dia tinjau-tinjau ruang tamu sementara tunggu Hawkeye buat air di dapur. Aku faham, mereka cuba mengaitkan Hawkeye untuk mengambil berat tentang kematian Natalie, tetapi mereka perlu membaikinya sebab rasa macam tiba-tiba sahaja.
(sumber:spectator.co.uk) |
Ayah Natalie yang berketurunan orang asli berasa sangat sedih dengan kematian anaknya sampai dia bersedia untuk bunuh diri. Dia mengecat mukanya mengikut tradisi kaumnya yang digelar Death Face. Apabila ditanya apa maksud simbol dan lukisan di mukanya, dia hanya mengeluh kesal kerana dia tidak tahu. Biasanya, ritual ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui buah mulut sahaja, dan tiada siapa yang mengajarnya di zaman moden ini. Kini, walaupun ramai ahli-ahli sejarah cuba menyimpan rekod tentang ritual Death Face, namun kebanyakannya sudah hilang ditelan zaman kerana generasi baru sudah tidak menunjukkan minat mereka.
Babak-babak terakhir filem ini tiba-tiba menarik semula dengan adegan aksi tembak menembak di cuaca sejuk.
No comments:
Post a Comment